KANAK-KANAK CELIK IT- BELAJAR MENGENALI PERKAKASAN KOMPUTER, INTERNET, MICROSOFT OFFICE DAN MENAIP
Nama: | MUHAMMAD ISYRAF DANISH BIN KHAIRIAZMAN |
Umur: | 12 tahun |
Ahli: | 2022 |
Latar belakang
Adik Isyraf Danish merupakan seorang pelajar lelaki yang aktif dan rajin datang ke kelas. Beliau juga seorang yang aktif di sekolah dan kanak-kanak yang mempunyai minat ingin tahu yang tinggi mengenai komputer, ICT dan juga berkenaan dengan Internet. Beliau juga mudah menerima dan tunjuk ajar ketika belajar di PEDi Seri Iskandar. Adik Isyraf rajin hadir ke PEDi untuk menyertai kelas-kelas yang diadakan di PEDi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Adik Isyraf kurang mahir menggunakan komputer. Adik Isyraf juga tidak pernah menyertai apa-apa kelas ICT, dan ini menyukarkan Adik Isyraf untuk menggunakan komputer. Adik Isyraf juga sukar untuk menyiapkan tugasan yang diberikan, kerana kebanyakan tugasan banyak memerlukan maklumat dari sumber internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Adik Isyraf kerap datang ke PEDi bersama rakan-rakan untuk menyertai kelas ICT yang diadakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi). Melalui kelas-kelas dan aktiviti di PEDi, adik Isyraf dapat menimba ilmu asas perkomputeran malah dapat meningkatkan kemahiran dalam teknologi maklumat. Selain itu Adik Isyraf juga turut menyertai kelas bimbingan bersam rakan-rakannya yang lain.