
PELAJAR SEKOLAH MENENGAH : TUISYEN ONLINE (PROGRAM DILEA)
| Nama: | MUHAMMAD ADAM BIN LUKMAN |
| Umur: | 16 tahun |
| Ahli: | 2024 |
Latar belakang
Adik Adam merupakan seorang pelajar lelaki yang aktif dan rajin datang ke kelas. Beliau juga seorang yang aktif di sekolah dan pelajar yang mempunyai minat belajar yang sangat tinggi. Beliau juga sangat komited dengan kelas-kelas yang dihadirinya. Setiap kelas yang diadakan dibawah program DILEA beliau akan turut serta untuk menimba ilmu.
Sebelum penglibatan program DILEA
Sebelum penglibatan dalam kelas DILEA, adik Adam kurang berminat untuk belajar dan sukar memberi tumpuan semasa mengulang kaji pelajaran di rumah. Dia juga menghadapi sedikit kesukaran dalam memahami beberapa mata pelajaran terutamanya Bahasa Inggeris dan Matematik. Namun, ibu bapa dan guru melihat potensi dalam diri adik Adam dan berharap penyertaannya dalam kelas DILEA dapat membantu meningkatkan kefahaman serta minatnya terhadap pembelajaran.
Selepas penglibatan program DILEA
Selepas penglibatan dalam kelas DILEA, adik Adam menunjukkan perubahan positif dalam sikap dan semangat belajar. Dia kini lebih berminat mengikuti sesi pembelajaran, lebih berani bertanya apabila tidak faham, dan semakin yakin menjawab soalan terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik. Ibu bapa serta guru turut melihat peningkatan dalam keputusan peperiksaan dan keyakinan diri adik Adam semasa belajar.