INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM / SWASTA (IPTA/IPTS)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS SERI ISKANDAR
Universiti Teknologi MARA, Seri Iskandar adalah pembelajaran institusi tinggi awam dan ianya di tubuhkan pada 1 Januari 1985. Penubuhan Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak setelah dirasmikan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak pada 1 Januari 1985. Kampus Cawangan ini merupakan kampus yang ke 8 dari 13 buah kampus ITM di seluruh negara termasuk kampus induk di Shah Alam.Penubuhan kampus ini telah dijalankan dengan kerjasama sepenuhnya dari Kerajaan Negeri Perak. Jarak perjalanan dari Bandar Universiti ke UiTM, Seri Iskandar ialah sejauh 5km sahaja.
UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP, SERI ISKANDAR)
Universiti Teknologi Petronas (UTP) bermula dengan penubuhan Institute of Technology PETRONAS (ITP), sebuah institusi latihan khas untuk kakitangan PETRONAS di bawah pantauan PETRONAS Management & Training Sdn. Bhd. (PERMATA). Sebelum berpindah ke lokasi baru di Seri Iskandar Perak, ITP terletak di kawasan PERMATA di Bangi, Selangor. UTP juga dikenali dengan keunikan bangunan akademiknya terutamanya kompleks canselor yang mendapat pengiktirafan dunia iaitu Anugerah Aga Khan pada tahun 2007 seperti yang dianugerahkan kepada PETRONAS Twin Tower pada tahun 2004.Jarak perjalanan dari Bandar Universiti ke UTP ialah sejauh 4km sahaja.
Kolej Profesional MARA (KPM) ialah sebuah kolej awam yang diuruskan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). Pada mulanya dikenali sebagai Institut Perdagangan MARA (IPM). Jarak perjalanan dari Bandar Universiti ke UTP ialah sejauh 6km sahaja.





