Seri Iskandar terletak di Mukim Bota, Daerah Perak Tengah dan berhampiran dengan Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tronoh dan Bota merupakan pekan paling hampir dengan Seri Iskandar. Penduduk Seri Iskandar mendapat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan seperti kesihatan, perbankan dan keperluan harian di pekan yang jaraknya tidak melebihi 5 kilometer. Kemudahan jalanraya berturap memudahkan lagi pergerakan mereka dari satu tempat ke tempat yang lain untuk menyelesaikan pelbagai urusan dan mendapatkan keperluan harian. Bandar Seri Iskandar merupakan tempat yang sangat strategik kerana ia terletak di tengah-tengah diantara Bandar Ipoh dan Bandar Sitiawan yang jaraknya kira-kira hanya 40 kilometer sahaja.Selain itu, Seri Iskandar terbahagi kepada enam (6) komuniti atau taman. Antaranya ialah:
1) Bandar Seri Iskandar ( dikenali sebagai SIDec)
2) Bandar Universiti
3) Bandar Baru Seri Iskandar
4) Taman Maju
5) Desa Seri Iskandar
6) Lestari IUS
Populasi penduduk Seri Iskandar dianggarkan seramai 18,000 orang. Majoriti penduduk di Seri Iskandar adalah berbangsa Melayu iaitu hampir 95% dan selebihnya adalah bangsa Cina,India dan lain-lain. Selain itu, Seri Iskandar juga dikenali sebagai sub urban kerana dikellilingi dengan pejabat-pejabat kerajaan seperti Pejabat Tanah Perak Tengah, Majlis Daerah Perak Tengah, Agensi Dadah, Sekolah-sekolah kerajaan, Balai Polis, Balai Bomba, IPTA dan sebagainya. Oleh yang demikian, majoriti penduduk di Seri Iskandar bekerja sebagai penjawat awam.
Seri Iskandar termasuk di dalam kawasan Adun Bota dan juga Parlimen Parit. Disini disediakan senarai nama Ahli Parlimen, Adun, Pegawai Daerah, Penghulu dan Pengerusi Komuniti Rukun Tetangga (KRT). Senarai tersebut seperti berikut:
AHLI PARLIMEN, ADUN, PEGAWAI DAERAH, PENGHULU DAN PENGERUSI KOMUNITI RUKUN TETANGGA (KRT)
|
AHLI PARLIMEN Y.B TUAN MUHAMMAD ISMI BIN MAT TAIB (P 069 PARIT) |
|
ADUN KAWASAN Y.B DR NAJIHATUSSALEHAH BT AHMAD (N 40 BOTA) |
|
PEGAWAI DAERAH TUAN MOHD ZAKI BIN ABDUL RAHMAN |
|
PENGHULU 1. ENCIK MOHAMAD ABDUL RAZAK BIN MOHD YUNUS 2. PUAN NOR SHAHIDAH BT AHAMAD (MUKIM BOTA) |
|
PENGERUSI KOMUNITI RUKUN TETANGGA (KRT) ENCIK MUSTAFA BIN MOHAMAD (BANDAR UNIVERSITI, SERI ISKANDAR) |
Sumber Rujukan / Carian : https://ptg.perak.gov.my/portal/web/seri-iskandar/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Dewan_Negeri_Perak