mcmc
Keusahawanan

Keusahawanan

PENGUSAHA MEE MAMAK ROYALE

Jika berkunjung ke Bandar Universiti, Seri Iskandar kebanyakan penduduk disini sangat mengenali Mee Mamak Royale yang sangat sedap. Pengunjung-pengunjung dari luar yang pernah mencuba Mee Mamak Royale ini selalunya akan datang kembali di gerai ini untuk mencubanya. Mereka telah memulakan perniagaan ini kira-kira 3 tahun yang lalu.

Mee Mamak Royale ini istimewa kerana orang yang memasaknya adalah orang tempatan iaitu orang Melayu. Harganya juga sangat berpatutan. Satu bungkus Mee ini hanyalah RM6 sahaja. Bukan itu sahaja, mereka juga menyajikan Kuetiaw Kerang dan juga Cendol dengan pelbagai jenis perisa.Istimewanya lagi Mee Mamak Royale ini ialah mereka akan masak mee jika ada masuk tempahan sahaja. Jadi, pembeli akan dapat makan mee tersebut dalam keadaan mee masih lagi panas.

Selain Mee dan Cendol, mereka juga ada menjual crepe dan dadih dengan pelbagai jenis perisa. Harganya juga sangat berpatutan dengan kuantiti. 

Hasil kerja keras, pengusaha Mee Mamak Royale mampu memperolehi pendapatan kasar sehingga RM5,000 lebih sebulan.