mcmc
Kesihatan

Kesihatan

signboard-kk

Klinik Kesihatan Seri Iskandar

 

Jarak klinik kesihatan ini dari lebih kurang 8 km dari Bandar Universiti, Seri Iskandar dan mengambil masa kira-kira 10 minit hingga 15 minit sahaja. Pelbagai kemudahan dan rawatan kesihatan boleh didapati seperti perkhidmatan pesakit luar, klinik bayi dan ibu mengandung, klinik kanak-kanak dan sebagainya. Selain Klinik Kesihatan Seri Iskandar, penduduk disini juga boleh mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Tronoh. Jarak diantara Klinik Kesihatan Tronoh dan Bandar Universiti juga lebih kurang 8 km dan juga mengambil masa sekitar 10 minit hingga 15 minit untuk sampai ke klinik tersebut.

Walaubagaimanapun, jika penduduk Seri Iskandar menghadapi masalah kesihatan pada hari-hari cuti, mereka boleh mendapatkan rawatan di klinik-klinik swasta disekitar Seri Iskandar. Terdapat beberapa klinik swasta yang terkenal di sini antaranya ialah Klinik Redza Seri Iskandar, Klinik Dr Najiha, Poliklinik Seri skandar, Klinik Dr Zakaria dan rakan – rakan dan lain-lain lagi. Dari segi kesihatan, penduduk Seri Iskandar tidak perlu terlalu risau untuk mendapatkan khidmat perubatan kerana di kawasan ini mempunyai banyak pilihan untuk memilih klinik mana yang mereka mahukan.