TEMPAT REKREASI
Oval Park UTP
Di Seri Iskandar terdapat satu (1) tempat rekreasi yang selalu menjadi tempat kunjungan penduduk Seri Iskandar. Tempat rekreasi tersebut dikenali sebagai Oval Park UTP atau Tasik Seri Iskandar yang terletak di dalam Universiti Teknologi Petronas (UTP). Taman ini di dekorasikan dengan tumbuhan-tumbuhan hijau semulajadi. Menjadikan tempat ini sangat sesuai dengan aktiviti-aktiviti riadah bersama keluarga dan juga rakan-rakan. Mempunyai trek sepanjang 1.2 km membolehkan orang ramai untuk berjogging dan berbasikal di sini. Jarak tempat rekreasi ini dengan Bandar Universiti hanya memakan masa lima (5) minit sahaja.
TAMAN GEOLOGIKAL (TASIK UTP)
Taman Geologikal ini berada di dalam kawasan Oval UTP Park. Taman ini adalah taman pertama dan terbesar di Malaysia. Taman ini ini juga baru dibina pada tahun 2022. Taman ini mempunyai pelbagai replika haiwan-haiwan zaman purba seperti dinousor dan juga Mammot. Tempat ini menjadi tempat tarikan dari pengunjung-pungunjung luar.